Thursday, August 26, 2010

RAMADHAN~

aku x phm...
kenape bile time Ramadhan je org bukak lagu raye???
rse cm na sekeh je....
cubelah kte mnghayati bulan ramadhan nie dlu...
jgn asyik ingt na raye je...

hmmm....
oleh sbb agak ramai org skrng x tahu kn ape yg patot kte buat time bulan Ramadhan n ape faedahnye....
so i wanna tell u guys....
ramadhan nie bukan for mnhn lapo ngn dahage je.....
kalo x buat aml ibadat yg len....kompom puase korng 2 sia2 je kot....

-Orang yang berpuasa menahan hawa nafsu dari makan minum dan segala yang membatalakannya sejak dari terbit fajar hingga terbenam matahari tentulah dapat menimbulkan perasaan dalam hatinya, ingin menolong fakir miskin.

-Menanamkan sifat sabar, karena orang yang berpuasa terdidik menahan lapar, haus dan nafsu tebtu akan berhati sabar dalam menahan segala kesukaran dan kesengsaraan.
Mendidik bersifat amanah, karena dengan berpuasa dapat melatih diri menjadi orang yang dapat dipercaya. Meskipun dalam keadaan lapar dan haus, segala yang akan dimakan dan diminum sudah tersedia, dan tidak ada seorang pun yang mengetahui, namun iya sedikit pun tidak mau makan atau minum dengan demikian jiwa orang yang berpuasa itu akan terbentuk sikap dapat dipercaya oleh orang lain. Dan dengan puasa itu mendidik seseorang menjauhi hak orang lain (yang bukan haknya sendiri) walapun begitu kuat dorongan hawa nafsunya.

-Mendidik bersifat shidiq (benar) karena dengan puasa orang dapat menjaga diri dari sifat pendusta (pembohong) sebab sifat pendusta itu dapat menghapus pahala puasa dan dilarang keras oleh Allah Ta’ala.

-Menambah kesehatan, karena orang yang berpuasa itu menahan nafsunya dari makan, minum dan lain-lainnya, oleh karena itu terjaga kesehatannya. kita mengetahui bahwa penyakit-penyakit itu berawal dari perut. Sebab semua yang telah dimakan dan diminum tersimpan dalam perut, dan jika kurang pemeliharaannya, tentu akan merusak kesehatan. Maka dengan berpuasa perut kits dikosongkan dan dibersihkan dari segala kotoran, yang dapat menjauhkan dari berbagai penyakit. Bukan hanya penyakit lahir saja, tetapi penyakit batin pun akan tercuci dengan berpuasa

hahaha Pictures, Images and Photos

“ Wahai Orang – Orang Yang Beriman, Diwajibkan Ke Atas Kamu Ibadah Berpuasa Seperti Mana Orang Terdahulu Sebelum Kamu, Mudaha – Mudahan Kamu Menjadi Orang Yang Bertaqwa”


Semua Muslim Seluruh Dunia Sedang Menantikan Kehadirannya. Saya Pasti Anda Juga Tidak Akan Ketinggalan Untuk Bersamanya. Jangan Berhenti Membaca Laporan Ini Sekiranya Anda Sudah Mengetahui!

Ketahuilah bahawa Allah SWT yang bersifat Al- Rahman dan Al-Rahim ini telah menyediakan pakej istimewa untuk hambaNya di dalam Ramadhan ini.

TAWARAN ISTIMEWA KEPADA ORANG BERPUASA DI BULAN RAMADHAN!!


TAWARAN #1
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

TAWARAN #2
Diampunkan Dosa Lampau

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

TAWARAN #3
Memasuki Syurga Melalui Pintu Ar-Rayyan:

Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari qiyamat kelak. Tidak masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Diumumkan: “Di manakah orang yang berpuasa?” Maka mereka pun masuk melaluinya (pintu Ar-Rayyan). Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, ditutup (pintu itu) maka tiada lagi orang lain yang akan memasukinya. [Muslim/1947] [Bukhari/1763]

TAWARAN #4
Ganjaran Berpuasa Dibalas Khas Oleh Allah

Setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa, ia (puasa) adalah untuk Aku, dan Aku yang akan memberi ganjaran akannya. [Bukhari/1771] [Muslim/1942] [Muslim/1944]

Dia (orang yang berpuasa) meninggalkan makanannya dan minumannya dan syahwatnya untuk Aku, puasa buat-Ku dan Aku yang akan mengurniakan ganjaran buatnya berserta kebaikan dengan sepuluh (ganda) yang seumpama dengannya. [Bukhari/1761]

TAWARAN #5
Mendapat Dua Kegembiraan

Dua kegembiraan yang dia bergembira dengan kedua-duanya: apabila dia berbuka puasa dia bergembira (dengan iftarnya) dan apabila dia berjumpa dengan Tuhannya dia bergembira dengan puasanya. [Bukhari/1771] [Muslim/1944] [Muslim/1945] [Muslim/1946]

TAWARAN #6
Bau Mulut Orang Berpuasa Lebih Harum

Dan demi diriku (Muhammad) yang di Tangan-Nya, sememangnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah Ta`ala (pada hari Qiyamat) dari bau al-misk (minyak wangi). [Bukhari/1761] [Bukhari/1771] [Muslim/1942] [Muslim/1944] [Muslim/1945] [Muslim/1946]

TAWARAN #7
Dijarakkan Wajahnya Dari Neraka:

Tidaklah seseorang hamba berpuasa pada suatu hari di jalan Allah (sabiliLlah), melainkan kerananya Allah menjarakkan pada hari itu wajahnya dari neraka sejauh 70 musim luruh. [Muslim/1948] [Muslim/1949]

TAWARAN #8


Memperoleh Kebaikan Apabila Bersegera Berbuka Puasa:

idaklah hilang kebaikan bagi manusia selama mana mereka bersegera dalam berbuka puasa [Muslim/1838] [Bukhari/1821] [Muwattha’/561] [Muwattha’/562]

Telah datang aku (Abi `Atiyyah) dan Masruq kepada `A’isyah dan berkatalah kami: “Wahai Ummi l-Mu’minin, dua orang lelaki dari kalangan sahabat Muhammad SallaLlahu `alaihi wasallam, salah seorang dari keduanya menyegerakan berbuka puasa dan menyegerakan solat, dan seorang lagi melambatkan berbuka puasa dan melambatkan solat”.
Dia (`A’isyah) berkata: “Yang manakah di antara keduanya yang menyegerakan berbuka puasa dan menyegerakan solat?”
Dia (Abu `Atiyyah) berkata: Berkatalah kami (Abu `Atiyyah dan Masruq) “`AbduLlah iaitu Abu Mas`ud”.
Dia (`A’isyah) berkata: “Itu sepertimana yang dilakukan oleh Muhammad SallaLlahu `alaihi wasallam”. [Muslim/1839] [Muslim/1840]


Dan pelbagai lagi tawaran hebat yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Tunggu Dulu!!

Ada 1 Bonus Hebat Yang Allah AWT Sertakan Hanya Terhad di Bulan Ramadhan Sahaja!

BONUS ISTIMEWA!

Lailatu l-Qadr!

Lailatu l-Qadr lebih baik daripada 1000 bulan [Surah Al-Qadr/3]

Carilah ia pada sepuluh yang terakhir – iaitu Lailatu l-Qadr – maka jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah lemah (tidak mampu) pada tujuh yang berbaki (kuatkanlah diri untuk mencari Lailatu l-Qadr pada 7 malam terakhir jika tidak mampu mencari pada sepuluh malam terakhir). [Muslim/1989]


Dari Ubai bin Ka`ab dia berkata: Berkata bapaku tentang Lailatu l-Qadr, “Demi Allah, sesungguhnya memang aku mengetahuinya”. Berkata Syu`bah, “Dan petunjuk paling besar (tentang Lailatu l-Qadr) ialah malam yang RasuluLlah SallaLlahu `alaihi wasallam memerintahkan kami dengan qiyam (solat malam) padanya, iaitu malam ke-27”. [Muslim/2000]

TAWARAN TERHAD!

Bagaimana? Adakah anda bersedia untuk merebut tawaran ini? Ingat tawaran ini hanya sah selama tempoh kita menjalani ibadah berpuasa sahaja.

JAMINAN!

Tiada sebarang jaminan bahawa saya dan anda akan bertemu dengan Ramadhan akan datang. Oleh itu gunakanlah peluang yang Allah SWT beri untuk Ramadhan kali ini untuk memperbaiki diri kita menjadi insan yang bertaqwa.

footer Pictures, Images and Photos

No comments: