Wednesday, September 29, 2010

bertudung~

tulisan or petikan or ape2 la nie diambil dri

::*~Halaqah~*::. Forum Komuniti Muslim & Muslimah

nak share ngn sume org.....

so cpt tkn bwh nie....
assalamulaikum...

serasa igin ketawa membaca satu akhbar baru2 ni...ia merupakan kenyataan seorang artis wanita ISLAM malaysia yang sangat parah mungkin...

perkataan yang paling sesuai adalah sangat mnyedihkan membaca kenyaan sebegitu keluar dari mulut Muslimah...

meskipun dia meminta maaf kerana berpakaian seksi....tapi kenyataannya sangat 'menyedihkan'....tenatnya malaysia kerana semakin kurang yang bercakap dengan ilmu dan kebenaran.... 
antra kenyataannya....

"Sebelum ini saya memang selesa berpakaian begitu (seksi). Bukannya sejak bergelar janda, baru nak seksi. Bagi saya, apabila berpakaian seksi, tidak menjadikan seseorang itu, looks bad. Saya berpakaian begitu kerana faktor keselesaan. Badan saya kecil, lainlah kalau seseorang yang mempunyai ‘aset’, dia pakai apa pun dah nampak seksi. Seperkara lagi, pada hari penggambaran itu, saya mungkin tak fikir panjang.

Saya berpakaian seperti itu (seksi) tak pernah berniat untuk menarik perhatian orang, tapi lebih kepada keselesaan diri sendiri. Kalau saya mengenakan pakaian tertutup, saya akan kelihatan terlalu kurus. Berat saya 42 kilogram saja. Apabila saya mengenakan baju besar, saya kelihatan hodoh, saya akan dilihat seperti isteri kartun Popeya! "


paling menyedihkan bila dia kata 

"Terima kasih kerana memberi kesedaran kepada saya. Selepas ini saya akan berusaha berpakaian sopan. Bukan maksud saya bertudung atau sebagainya, tapi menutup aurat.

aduhai...bertudung adalah sebahagian dari menutup aurat...macamana nak menutup aurat kalau tak bertudung...
adakah artis ni sedar atau tahu batas aurat wanita...bahagian mana yang merupakan aurat wanita 

ni mungkin contoh kesan apabila kita bercakap tanpa adanya ilmu ....

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988) 

hancur malaysia jika artis2 sebegini dijadikan ikon masyarakat dan muda mudi...

juga jenuh juga saya menghantar post tentang aurat muslimah...hukhuk... menangiis :'(

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59) 

untuk kaum Muslimah, marilah kita jadikan ini sebagai pengajaran....betapa beruntungnya kita dianugerahkan kefahamn tentang islam dan hukum hakamnya...dan sebelum Allah jadikan kita buta, atau buta dari kebenaran yang takkan sembuh selama2nya , mariklah kita menghargai nikmat hidayah ini...

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim) 

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih ) 

wassalam


No comments: