Friday, January 21, 2011

kisah Serikandi Islam yg Hebat!

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum kepada semua pmbaca…

Harini sya nak bercerita tentang mujahidah Zainab Al-Ghazali.

Sang mujahidah adalah seorng pejuang dan penegak agama islam yang amat hebat,dahsyat, mantap..sekali…
Sang mujahidah ini  dilahirkan pda tahun 1917..dan dilahirkan di Buhaira Mesir..dan beliau telah kembali ke Ramatullah pada tanggal 08 Ogos 2005
.
Kehidupannya dipenuhi dengan kegiatan dakwah dan mnyeru orng ramai supaya berdakwah ke jalan Allah..
Sejak umurnya 18 tahun….sang mujahidah telah pun bergiat aktif dalam kegiatan dakwah didalam gerakan wanita mesir…namun gerakan ini tidak bersesuaian dengan fikrahnya sebagai mujahidah..lalu beliau menubuhkan Jemaah wanita muslimah..  (Jama'at Muslimat)…gerakan ini melakukan kerja2 dakwah dan kebajikan sehingga mndapat perhatian daripada wanita2 mesir ketika itu…

Kegiatan ini aktif sehinggalah diharam kn oleh rejim thoghut pada zamn pemerintah mesir pada zamn itu….tanggal 15 sept 1946 gerakan tersebut telah diharamkn oleh rejim Jamal Nasser…disebabkn oleh pengharaman gerakan yg beliau asaskan…beliau telah bertemu As-Syahid Iman Hassan Al-Banna dan beliau telah menyertai ikhwanul muslim yang diasaskan oleh As-Syahid Iman Hassan Al-Banna itu sendiri…setelah As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah gugur syahid kerana ditembak...sang mujahidah teruskan perjuangannya brsama ikhwanul muslim bersama2 As-Syahid Sayyid Qutb dan Abdul Fattah Ismail….













Sehinggalah pada tahun 1965 beliau telah ditangkap dan dihumbankan kedalam penjara….maka bermulalah detik hitam disaat beliau diseksa di dalam penjara…namun iman sang mujahidah tetap teguh dan tidak goyah walau sedikit pun… walaupun beliau disiksa dengan teruk..diantara siksaannya adalah dilepaskan anjing didalam penjaranya..dan anjing2 tersebut berterusan mmbaham..mngigit dirinya selama berjam lamanya..apa yang beliau mampu lakukan disaat itu adalah dengan berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T….
Beliau juga telah diugut untuk diperkosa..namun dengan pertologn Allah S.W.T beliau telah Berjaya menewaskan askar2 yg diperintahk untuk mmperkosanya …..dimaki hamun dengan teruk…dilemparkan dengan kata-kata yang kesat yang tidak patut diberikan pada binatang.. inikan pula pada manusia…
Penyeksaan terhadap beliau sampai kemuncak apabila terpaksa dimasukkan ke hospital..

Apabila terlantar di hospital…Regim Jamal Abdel Nasser telah mngugut suaminya supaya mnceraikannya dan mmbawa surat cerai ke kurungn dimana Zainab Al-Ghazali sedang dirawat..namun suaminya bersumpah “sekali-kali tidak, aku menceraikan isteriku”…demikianlah kesetiaan dan pengorbanan suaminya sehingga bertemu tuhannya ketika mujahidah Zainab Al-Ghazali masih didalam tahanan…

30. dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, ataumengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik Yang menggagalkan tipu daya..
















semoga kisah pejuang Islam ini dapat kita ambil sebagai pengajaran....
beliau sehebat para pejuang Islam dizaman Rasulullah...seorang wanita yang mampu menggoncang dunia~!
marilah sama2 kita contohi beliau...!


 Photobucket

2 comments: