Saturday, February 5, 2011

sambungan sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera~!


Salam to all readers..now I would like to continue my story bout Sultan Muhammad Al-Fateh..

Serangan demi serangan dilancar untuk menawan kota constantinipal tapi tidak Berjaya..Sultan Muhammad Al-Fateh mendapat memikirkan strategi baru apabila tetera kristian berjaya mematahkan serangan tentera2 baginda…


Strategi baginda amat luar biasa apabila baginda mnyarankan supaya tentera2nya membawa kapal –kapal masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat…malam itu juga tentera2nya berjaya menarik sebanyak 70 buah kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang tinggi dan jarak yg melebihi 3 batu…
Pada pagi 22 April penduduk kota tersebut dikejutkan dengan laungan takbir oleh para mujahidin…laungan takbir Allahuakhbar yang mengisi ruang angkasa di kota constantinopal telah mencetuskan rasa gerun dihati penduduk kota tersebut.. Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru sehingga menggawatkan pertahanan tentera salib itu.
Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera Turki akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong itu.
Tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M, serangan utama dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak ketakutan mereka pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan syahid, begitu berani menyerbu tentera salib di kota itu.
Tentera Othmaniyyah akhirnya berjaya menembusi kota Costantinople melalui Pintu Edirne dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah Othmaniyyah di puncak kota. Costantine yang melihat kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan lantas menanggalkan pakaian maharajanya supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau menemui ajal dalam keadaan yang amat mengaibkan.
Berita kematian Costantine telah menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk menyerang. Begitu juga sebaliknya, bagaikan pokok tercabut akar, tentera salib menjadi kucar kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar. Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya berjaya sampai ke cita-cita mereka.

Setelah kemenangan Sultan Muhammad Al-Fateh menawan kota constantinople...gereja Aya Sofya telah ditukar menjadi masjid..
Kota constantinople kini bernama Istanbul. Kota yang kaya akan
arsitektur dan seni Islam ini terletak di tepi selat yang terindah di
dunia, yakni selat Bosporus (Turki). Istanbul mempunyai daya pikat bagi
wisatawan, lokal dan mancanegara. Daya tarik itu apalagi kalau bukan
bangunan-bangunan bersejarah, museum, baik bangunan peninggalan masa
Byzantium maupun peradaban Islam.

THE END..:D
Photobucket

No comments: