Friday, March 11, 2011

boleh ke tgk wayang!??

sperti mana yg kita tahu..ramai yang tak tahu hal sebenar tntng...samaada wayang ni haram ke tak...
ramai jugak yg ckp ngn aku...'eh wyng ni bukan haram ke?'..aku pon x tau nak ckp mcm mane...so bacelah yg bwh nie....betul ke tgk wayang ni HARAM???





Asal sesuatu perkara adalah harus.. sehingga datang dalil atau hujjah yg menjadikannya haram, wajib, sunat atau makruh.. Ini adalah kaedah usul..
Oleh kerana wayang gambar tidak ada pada zaman Nabi s.a.w., maka tiadalah hukum khusus yg dikeluarkan oleh Nabi s.a.w. berkenaan menonton wayang ni.. Jadi, ianya adalah perkara baru.. dan kembali kepada hukum asal iaitu harus..
Dr. Yusuf al-Qardhawi menyatakan :
“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan dan hiburan, maka hal-ehwal setiap alat ini dilihat sama ada ianya digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitinya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya. Dengan itu kami berpendapat bahawa panggung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan menuntut agar mematuhi syarat yg berikut :
- Tajuk dan jalan cerita tak bertentangan dgn akidah, syariah mahupun akhlak Islamiah..
- Tidak melalaikan daripada kewajipan spt solat dsb.
- Tidak bergaul antara lelaki dan perempuan bukan mahram, tidak dalam keadaan syubhah dan perkara2 yg boleh mendatangkan fitnah..
Makanya, hukum menonton wayang adalah harus.. tetapi boleh berubah menjadi haram sekiranya melanggar syarat2 yg ditetapkan seperti di atas..
WA


dikopi dari sini


kalau sesape nk berkongsi pendapt..dipersilakan...
Photobucket

No comments: