Sunday, October 16, 2011

gantung gmbar kt dinding rumah x boleh??



Salam Alaik....
aku nak share skit information yg aku terjumpa...
ak pon baru tau gmba manusia xleh gntung kt dinding rumah...

"Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”

Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan."

lps ni xpyah la gntung gmba family ke..gmba sndri ke kt rumah...semoga diambil pngajaran..
:)..

wallahualam..

credit to..islamituindah..

No comments: