Wednesday, January 23, 2013

kau EMO!?

Salam Alaik!

harini aku xnak buat blog post yg ceria2..sbb aku tgh emo~ =,,='
*menangis kat penjuru gelap*

okay..aku nak ckp psl bnde yg xpatut buat masa orng tgh emo..
*kesat hingus*

mase emo..well... normal lah ..kau rasa mcm nak tumbuk muka semua orng..
kau rasa mcm nak lari rumah..xnak balik dan sebagainya...
dan paling nak mngamok skali..
kau emo sbb orang emo xpasal dgn kau..
errr..K

bnde yg kau x patut buat bila orng tgh emo..

first!..
kau xpatut nak menambah2 lagi kesakitan ke emo an dia..

dah lah budak tu tgh emo..then x pasal2 kau nk ckp..
"tulah, kan dah ckp..kau x dengar.."
"xpayah lah beli brg tu..bukan penting pon"..
"kau punya pasal..bla bla"
blabla bla..
itu sgt mnmbah ke emo an ! paham!.. =='
fuh~
 bila dah kena maki..xpasal2..kau pulak emo skali..dan bermulalah pergaduhan~ hoh~

second!
kau jgn nak kedekut brg2 dgn orng yg tgh emo

contohnya...
"xpayah sentuh barang gua..kau dah marah gua..then nak pinjam2 brg gua"..katenyer..
dan kau x sedar diri yg kau pon bnyk kali sentuh2 brg2 beliau~ =='
dan kau berhutang beratus dgn dia sbb nak beli brg kau..
perkara diatas boleh mmbuatkan orng lagi emo~ K..
klau kau x hutang dia.. erm.. baguslah..

third!
kau jgn nk pergi sebuk2 kacau dia

diam2 sudeh.. kau jgn layan dia smpai dia x emo dah~ 
dia nak mngamuk dia nak maki2 ..lantak dia.. kau ambik earphone..sumbat..ha sumbat!
layan lagu big bang~ =='

aku rasa dah cukup lah tu...itu je yg dpt aku fikir buat mase neh~
nak post lain?? tunggu lain kali..bila aku rasa tiber2 nak menaip.. mcm yg aku ckp kat post2 sbelum ni~..

K.. tu je kot post emo aku harini..
till we meet again.. next time..
yelah~ 
erm K
K
K
Kbye
*sambung mnangis kat penjuru gelap sambil cakar2 dinding*



Thursday, January 3, 2013

kaya

Jam menunjukkan pkol 10 pagi..aku menonyoh2 mataku yang kabur...aku tgk luar tingkap.. matahari duk tersengih2 sambil menampakkan giginya yg dua batang,rasa nak lempang pon ada.
“cis pedulik hape aku” aku bermonolog.
Makin lama aku menatap matahari, makin aku geram aku pon berlalu untuk pergi mandi. Aku xtau kenapa aku pergi mandi, mungkin aku fedup dgn matahari yg asyik mnyengih dari tadi. Mentang2 dah kapel dgn bulan, menyengih jelah dari tadi. Patutlah hilang semalam. Pergi dating rupanya. Ptuih!
Sesampainya di bilik air yang terletak 3km dari bilik ku menetap aku pon terus buka baju untuk mandi.
“wat the fart! “
Aku berkata sparuh mnjerit. Aku tak sedar bahawa air itu terlalu sejuk untukku. Yelah aku ni anak orang kaya, bapakku pemilik syarikat “smiley darbeli”, apa kelas mandi air sejuk?
Air terus mengejekku dan mentertawakanku..katanya aku ni takot ... almaklumlah dia perasan gangster. Mentang2 ada tatu nak bajet gangster.
Aku tanpa belas kasihan terus menumbuk perut air,smackdown dan melakukan aksi seperti WWE yg ditontonku 2 hari lepas. “Baru kau rasa “ bisikku dalam hati.
Tanpa mnghiraukan air yg mengerang kesakitan, aku berlalu untuk makan. Yelah dah penat blasah air, perut aku dah lapar. Baru kau tahu sapa taiko. “lu langsi, lu mati” jeritku pada air.
Sesampai didapur yang terletak 5 Km dari bilik air, aku lihat tiada makanan di atas meja aku pon mula mngamuk,aku melempar meja dan meja menangis kesakitan. Dan aku pijak2 meja sehingga hancurr berkecai.. “bibik” aku bersuara separuh mnjerit.
Tiada sahutan. Aku gelabah. Aku akan mati tanpa makanan.
Tiba2 muncul pari2dan berkata,
“kau nak makanan?? Aku boleh menunaikannya. Sebut saja makanan yg kau mahu.”
Aku meloncat kegembiraan dan terus meng-order makanan yg slalu aku makan di hotel2 9.5 bintang dgn banyak.
Pari2 terus memetik jari dan ‘blink’
Semua makanan terhidang di depan mata. Ada sengkuang masak lemak, sayur kicap rebus, cicak goreng petai dan mcm2 lagi makanan kesukaan ku.. maklumlah orang kaya.
Aku terus melahap dengan rakus tanpa menghiraukan makhluk sekeliling. Aku lapar. Dan yelah aku anak orang kaya.
Usai makan aku pon baling pinggan kepada pari2.
Kepalanya bocor terkena pinggan. Tapi dia watlek je.
Aku x puas hati, aku baling sudu garfu dan pisau.. pari2 ketakutan dan mnghilangkan diri dengan kepulan asap.
“pergh wanginya” aku berkata.. pari2 tu meninggalkan bau kentut yg sungguh wangi.
“hahahaha” ketawa ku dalam hati,sbb aku malas nk ketawa pakai mulut. Yelah Anak orang kaya.
Baru aku puas..
Aku terus berlalu menuju ke bilik, tanpa ku sedar aku terpijak sesuatu yg lembik dan aku tergelincir.
Lalu terjatuh dari rumah ku yang setinggi 80 tngkat. Yelah anak orang kaya.
Aku malas nak menjerit sepanjang jatuh tu sbb anak orang kaya ape kelas menjerit.
Semakin aku hampir ke tanah, aku semakin gelisah.

“ah,aku menyesal...shit.. !”
Aku terlupa aku masih belum habiskan makanan yg pari2 beri.

“bUkkkKK” aku terjatuh ke tanah. Dan aku menyesal. Aku lihat matahari, dia masih tersengih.
“kurang hajar” aku bermonolog.

gangster

Ku berjalan pulang dari kelas, langit kelihatan mendung.
“hoi matahari, mana kau?” aku menjerit
Matahari tidak mnyahut.
Tiba2 sepucuk surat melayang ke arahku.
“aku nak pergi bercuti,bosanlah asik tgk muka kau je kalau hensem xpa”-matahari

“cis kurang hajar kau” aku bermonolog.
Dah lama aku mnggunakan produk “hensemnya kau”. Muka aku masih buruk sperti selalu.
Lantaklah si matahari tu..pedulik apa aku...
Klihatan awan mula sebak. Nak menangislah tu matahari tinggal.
Oleh sbb aku ni gengster. Aku malas nak pujuk.. ape kelas pujuk2.
Aku pon berlalu untuk pulang ke rumah.

Semasa hendak pulang ke rumah. Aku ternampak seekor monyet tgh menangis.
Mula2 aku malas nak pujuk. Tapi dah lalu jalan tu dan aku rasa nak lempang muka monyet tu aku pon pergi ke arah monyet.
“hoi, kau dah kenapa menangis tepi jalan?”
“tuan aku hilang lah woi!”
“kerek pulak monyet ni.” Aku bermonolog.
Aku pon merampas wallet monyet tu dan mengambil semua duit di dalamnya.
Mentang2 dah kerja dekat tujuh sebelas..bnyak duit kau..
Lepas ambil semua duit aku melempar wallet tu ke mukanya.
“Padan muka , kerek sgt.aku baru nak sweet2 pujuk” aku bermonolog lagi.
“hahahahahaha” aku ketawa dengan kuat. Puas hati aku. Yelah gangster.

Aku berlalu pergi sambil menyanyikan lagu titanic kegemaranku.

Sampai disimpang aku menerajang tiang lampu sampai bengkok.
Saja geram. Aku kan gangster.
Langit mulai cerah kembali.
“aik sekejapnya pergi bercuti si matahari ni.” Aku bermonolog.
Langit xjadi menangis. Aku tgk matahari tersengih2 ke-arah bulan.
Ahhh pedulik apa aku. Dasar lupa kawan.

Aku terus berjalan dan berjalan menuju kerumah dgn muka gangster.
Tiba2 di lorong gelap. Aku terdengar jerry si tikus gemok menjerit.
Dah lah pendek gemok pulak. Pui.

Jeritan semakin lama semakin kuat. Mula2 aku nak buat x tahu je.
Oleh sbb aku gangster, aku pun pergi tgk apa yang berlaku.
Rupa2nya tom si kucing cuba untuk memakan jerry.

Aku berlari ke arah mereka dan menyepak muka mereka berdua. Dua2 terpelanting jauh dan mengerang kesakitan.
“ha nak menjerit sgt. Ambik kau” aku bersuara mngejek.
Lantak! Dua2 kena.
Aku kan ganster.

Malas nak bajet sweet, aku pon berlalu pulang ke rumah yang makin hampir.
Sampai di rumah aku sempat membelasah ikan emas peliharaan ku.
Mentang2 kawan dgn gangster rumah sebelah.
Buat muka belagak pulak dengan aku. Aku yang bagi kau makan. Nak makan sedap2 je, chicken chop.
Aku lagi gangster lah..

Malas nak layan, aku terus menaiki tangga ke bilik dan tidur bersama baju kelas dan kasut.
Yelah aku kan gangster.