Thursday, January 3, 2013

gangster

Ku berjalan pulang dari kelas, langit kelihatan mendung.
“hoi matahari, mana kau?” aku menjerit
Matahari tidak mnyahut.
Tiba2 sepucuk surat melayang ke arahku.
“aku nak pergi bercuti,bosanlah asik tgk muka kau je kalau hensem xpa”-matahari

“cis kurang hajar kau” aku bermonolog.
Dah lama aku mnggunakan produk “hensemnya kau”. Muka aku masih buruk sperti selalu.
Lantaklah si matahari tu..pedulik apa aku...
Klihatan awan mula sebak. Nak menangislah tu matahari tinggal.
Oleh sbb aku ni gengster. Aku malas nak pujuk.. ape kelas pujuk2.
Aku pon berlalu untuk pulang ke rumah.

Semasa hendak pulang ke rumah. Aku ternampak seekor monyet tgh menangis.
Mula2 aku malas nak pujuk. Tapi dah lalu jalan tu dan aku rasa nak lempang muka monyet tu aku pon pergi ke arah monyet.
“hoi, kau dah kenapa menangis tepi jalan?”
“tuan aku hilang lah woi!”
“kerek pulak monyet ni.” Aku bermonolog.
Aku pon merampas wallet monyet tu dan mengambil semua duit di dalamnya.
Mentang2 dah kerja dekat tujuh sebelas..bnyak duit kau..
Lepas ambil semua duit aku melempar wallet tu ke mukanya.
“Padan muka , kerek sgt.aku baru nak sweet2 pujuk” aku bermonolog lagi.
“hahahahahaha” aku ketawa dengan kuat. Puas hati aku. Yelah gangster.

Aku berlalu pergi sambil menyanyikan lagu titanic kegemaranku.

Sampai disimpang aku menerajang tiang lampu sampai bengkok.
Saja geram. Aku kan gangster.
Langit mulai cerah kembali.
“aik sekejapnya pergi bercuti si matahari ni.” Aku bermonolog.
Langit xjadi menangis. Aku tgk matahari tersengih2 ke-arah bulan.
Ahhh pedulik apa aku. Dasar lupa kawan.

Aku terus berjalan dan berjalan menuju kerumah dgn muka gangster.
Tiba2 di lorong gelap. Aku terdengar jerry si tikus gemok menjerit.
Dah lah pendek gemok pulak. Pui.

Jeritan semakin lama semakin kuat. Mula2 aku nak buat x tahu je.
Oleh sbb aku gangster, aku pun pergi tgk apa yang berlaku.
Rupa2nya tom si kucing cuba untuk memakan jerry.

Aku berlari ke arah mereka dan menyepak muka mereka berdua. Dua2 terpelanting jauh dan mengerang kesakitan.
“ha nak menjerit sgt. Ambik kau” aku bersuara mngejek.
Lantak! Dua2 kena.
Aku kan ganster.

Malas nak bajet sweet, aku pon berlalu pulang ke rumah yang makin hampir.
Sampai di rumah aku sempat membelasah ikan emas peliharaan ku.
Mentang2 kawan dgn gangster rumah sebelah.
Buat muka belagak pulak dengan aku. Aku yang bagi kau makan. Nak makan sedap2 je, chicken chop.
Aku lagi gangster lah..

Malas nak layan, aku terus menaiki tangga ke bilik dan tidur bersama baju kelas dan kasut.
Yelah aku kan gangster.

No comments: